~ JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2 ~
Sinopsis JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2
Setelah berjaya menewaskan Mustika dan memulihkan Punai dan
Asmat dalam JPBC yang lalu, Pak Mor terus berusaha untuk
memperhebatkan ilmu yang ada padanya.
Pada suatu hari, ketika dia sedang membaca jampi menteranya,
tiba-tiba tubuh Pak Mor kejang dan serentak dengan itu satu
gumpalan asap keluar dari tubuh Pak Mor dan dari asap
itu muncul Mustika. Keadaan ini membuktikan bahawa Pak Mor
dan Mustika sebenarnya mempunyai hubungan dan berpakat untuk
mengambil kesemua harta dan saka-saka Pak Sudir setelah kematiannya.
Tujuan mereka mengambil kesemua saka-saka Pak Sudir,
adalah untuk kekal muda selama-lamanya. Namun yang demikian, Punai
dan Asmat cuba untuk menggagalkan rancangan mereka.
Situasi ini memaksa Pak Mor dan Mustika bertekad untuk
menghapuskan Punai dan Asmat.
Usaha untuk menghapuskan Punai dan Asmat sentiasa menemui jalan buntu.
Mereka bijak menghalang diri mereka dari kawalan Pak Mor dan Mustika.
Pada satu hari, mereka telah berjumpa dengan seorang bomoh yang
dikatakan mampu membantu mereka. Wak Ketari mempunyai
ilmu kebomohan dan bersetuju untuk mengajar mereka.
Tidak mudah untuk mempelajari ilmu dari Wak Ketari kerana dia
turut mengenakan beberapa syarat serta peraturan untuk dipatuhi.
Punai dan Asmat menghadapi berbagai masalah semasa belajar kerana
Wak Ketari seorang yang tegas dan garang. Sebelum mereka lulus,
mereka dikehendaki menjalani satu ujian di mana mereka
dikehendaki menangkap hantu.
Walaupun pada mulanya mereka keberatan menurut tetapi kemunculan Seha
iaitu anak tunggal Wak Ketari mengubah pendirian mereka serta merta.
Dalam pada yang sama, Pak Mor dan Mustika terus berusaha menjejaki
mereka bagi misi menghapuskan kewujudan Punai dan Asmat.
Adakah Punai dan Asmat berjaya dalam ujian yang diberikan
oleh Wak Ketari? Bagaimana pula dengan usaha yang
dilakukan oleh Pak Mor dan Mustika bagi menghapuskan Punai dan Asmat.
[ JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2 ~ FULL MOVIE ]
Kredit : http://www.youtube.com
Tips Untuk Mempercepatkan YouTube Buffer ~ Klik Sini ~
1 comment:
OHFILEM: filem ni mmg best giler... kelakar jek memanjang... sambung dari filem pertama.. pelakon2 yg mantap... hebat dorank ni.. kah.kah.kah..
Post a Comment